fbpx

Suspek pecah rumah kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah yang ditemui di dalam kereta dipandu suspek.

PETALING JAYA – Kegiatan pecah rumah yang dilakukan oleh seorang lelaki tempatan terbongkar apabila dia ditahan oleh pihak polis selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Teknologi, Kota Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika memandu sebuah kereta jenis Perodua Viva.

“Pemeriksaan ke atas kereta dipandu suspek berusia 38 tahun itu kemudiannya menjumpai pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah.

“Turut ditemui lapan buah tabung plastik dan besi. Semakan lanjut mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek kini ditahan reman selama dua hari dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi melihat penglibatan suspek dalam kes jenayah lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 28 (i)(II) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” tegas beliau.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI