fbpx

[VIDEO] ‘Beruk besi’ bantu lelaki gayat jadi pemetik kelapa berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zulfiza memanjat pokok kelapa dengan dengan menggunakan peralatan khas yang di gelar 'beruk mesin'.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Walaupun menghadapi masalah ketakutan pada ketinggian atau gayat, ia bukan menghalang buat seorang operator pengeluaran kilang untuk mencari pendapatan sampingan dengan memetik buah kelapa.

Berbekalkan peralatan khas yang di pinjam daripada bapa saudaranya, Mohd. Zulfiza Mat Yusof, 40, memperolehi pendapatan agak lumayan sejak tiga bulan lalu.

Beliau memberitahu dirinya bukan sahaja mempunyai masalah gayat malah tidak memiliki asas memanjat pokok kelapa.

“Semuanya bermula pada bulan Ramadan lalu, saya bergerak untuk mencari pendapatan lebih bagi menyara keluarga.

“Saya nekad untuk menjadi pemetik buah kelapa sambilan dengan berbekalkan peralatan khas dipinjam daripada bapa saudara, Wahab Mat Ali, 60, yang kami gelar sebagai ‘beruk mesin’,” katanya yang ditemui di Felda Jerangau Barat, Ajil dekat sini baru-baru ini.

Mohd. Zulfiza berkata, sambutan yang di terima amat memberangsangkan sehingga mampu menjana pendapatan sampingan sehingga RM1,000 sebulan.

Bapa kepada tiga anak berusia lima hingga 13 tahun itu berkata, rekod tertingginya berjaya memetik 103 biji buah kelapa dari sebatang pokok.

“Kadar upah saya kenakan ialah 50 sen sebiji namun ada juga pelanggan yang bermurah hati menyerahkan sebahagian buah kelapa miliknya yang telah dipetik kepada saya.

“Buah kelapa itu kemudiannya dibuang sabutnya sebelum di jual kepada penduduk kampung dengan harga RM1.50 sebiji,” katanya.

Bercerita tentang ‘beruk mesin’, beliau memberitahu peralatan yang dipercayai daripada besi, kabel dan tayar lori tersebut di beli bapa saudara di Manir, Kuala Terengganu pada 30 tahun lalu,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI