fbpx

Ronaldo terus cipta rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) turut berjaya memecahkan rekod yang dipegang Shevchenko apabila muncul pemain terpantas menjaringkan 50 gol di Serie A dengan hanya melakukan 61 penampilan. – AFP

TURIN – Penggempur sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo enggan mendabik dada selepas mencipta rekod baharu membantu pasukan itu menewaskan Lazio 2-1 dalam saingan Serie A awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Ronaldo meledak dua gol buat The Old Lady sekali gus menjadi pemain pertama yang berjaya meledak 50 gol dalam tiga saingan liga terbesar Eropah, Serie A, La Liga (Sepanyol) dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kata Ronaldo, rekod tersebut sangat menarik tetapi ia bukanlah misi peribadinya kerana apa yang penting adalah untuk membantu pasukan mengutip tiga mata penuh sekali gus mence­rahkan peluang untuk menjuarai trofi Serie A musim ini.

“Secara jujur, ini adalah perlawanan yang sukar kerana kita tahu Lazio merupakan salah satu pasukan yang mempamerkan aksi konsisten musim ini. Namun, kami telah menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencatat kemenangan,” katanya.

Dua gol yang diledak penye­rang antarabangsa Portugal itu turut meletakkannya sebagai pemain terpantas yang berjaya mencetak 50 gol dalam saingan liga utama Itali itu dengan 61 perlawanan mengatasi rekod bekas pemain AC Milan, Andriy Shevchenko dengan 68 perlawanan.

“Rekod adalah perkara pen­ting dalam bola sepak tetapi apa yang lebih utama adalah kejayaan pasukan. Rakan-rakan telah beraksi dengan penuh cemerlang pada saingan musim ini dan saya harap momentum dapat diteruskan pada baki saingan nanti,” ujarnya.

Keputusan tersebut telah meletakkan skuad kendalian Maurizio Sarri itu selesa ditangga teratas Serie A dengan 80 mata selepas mengharungi 34 perlawanan berbanding pencabar terdekat, Inter Milan di kedudukan kedua dengan hanya mengumpul 72 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI