fbpx

Lelaki dituduh curi kelapa cedera dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang dipukul selepas dituduh mencuri kelapa di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Seberang Perai hari ini.
Barang yang dirampas pihak berkuasa dalam kejadian pukul di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini hari ini.

 

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki cedera selepas dipukul dua individu yang menuduhnya mencuri buah kelapa milik mereka dalam kejadian di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, lelaki berusia 31 tahun tersebut cedera pada beberapa bahagian badan selain ditemui diikat pada sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki tersebut sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pasar sebelum dia ditahan sekumpulan lelaki.

“Mangsa mendakwa tidak tahu sebab dia ditahan dan dipukul.

“Namun, hasil siasatan ke atas dua lelaki itu mendapati mereka mendakwa telah melihat lelaki itu beberapa kali masuk ke kawasan berkenaan sebelum ini dan mencuri buah kelapa milik mereka.

“Mereka telah menahan mangsa yang menunggang motosikal dengan rakannya sebelum dia dipukul, manakala rakannya tidak diapa-apakan dan melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut mengalami luka pada kepala dan kaki selain lebam pada beberapa bahagian badan, manakala salah seorang daripada lelaki yang memukulnya turut cedera.

“Polis yang melakukan pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dan merampas sebatang kayu, tiga batang mop, segulung tali warna putih yang berlumuran darah dan sebuah motosikal,” katanya.

Menurut Noorzainy, polis menahan ketiga-tiga mereka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI