fbpx

Guan Eng beri keterangan lagi Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Guan Eng tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung isu terowong dasar laut.

Oleh MOHD. HUSNI BIN MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng diminta hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu ini bagi menyambung keterangan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP itu dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 7.13 petang tadi selepas memberi keterangan lebih enam jam.

Sementara itu, peguamnya, RSN Rayer ketika ditemui berkata, Guan Eng hadir ke SPRM hari ini sebagai seorang saksi berhubung projek terowong dasar laut berkenaan.

Beliau berkata, anak guamnya belum selesai lagi memberi kenyataan kepada SPRM dan diminta hadir pada pukul 10 pagi Sabtu ini.

“Sebenarnya beliau tidak sihat hari ini, beliau ada cuti sakit untuk dua hari iaitu hari ini dan esok. Kita sudah menerima notis untuk hadir jadi, kami memberi kerjasama penuh kepada SPRM,” katanya ketika ditemui wartawan di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini.

Terdahulu, Guan Eng yang turut ditemani Rayer dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Sebelum itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo; Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita, Chong Eng dan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh turut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung projek sama.

Sehingga kini, SPRM telah menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI