fbpx

357,166 murid tahun 1 hingga 4 masuk sekolah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norma baharu dijalani murid tahun satu hingga empat pada pembukaan semula sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. Foto Syarafiq Abd. Samad.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Seramai 357,166 murid tahun 1 hingga tahun 4 di Selangor kembali memulakan sesi persekolahan hari selepas empat bulan ‘bercuti’ kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mula berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail berkata, jumlah pelajar tersebut meliputi 17,429 bilik darjah di 662 buah sekolah di seluruh negeri.

“Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat sekolah di Selangor.

” Pihak guru mengambil suhu dan menitikkan cecair pembasmi kuman pada tangan murid-murid sebelum mereka masuk ke kelas masing-masing,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, seorang bapa pelajar sekolah itu, Wan Aznan Mohd berkata, beliau amat lega apabila sekolah dibuka semula untuk dua orang anaknya, kembali bersekolah.

“Saya yakin pihak guru akan sentiasa mengawasi anak saya, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan pihak kerajaan,” ka tanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI