fbpx

Lelaki maut kenderaan langgar lori MBSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza milik Loh Chee Woei yang bertembung dengan lori penyelenggaraan MBSP di Jalan Siram, Butterworth hari ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan lori penyelenggaraan Majlis Bandaraya Seberai Perai (MBSP) di Jalan Siram, Butterworth di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Loh Chee Woei, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik dan memandu MPV jenis Toyota Avanza dalam perjalanan dari arah Sungai Nyior menghala Jalan Raja Uda.

“MPV itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Kenderaan itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori penyelenggaraan MBSP yang sedang melakukan kerja penyiraman pokok.

“Pemandu lori berusia 40-an yang cedera ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi menjalani proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norzainy berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI