fbpx

Geng Edy Longor diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf menunjukkan barang yang dirampas hasil daripada kejayaan polis menumpaskan Geng Edy Longor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor hari ini.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Polis Sepang berjaya menumpaskan Geng Edy Longor yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian samun tapak projek di sekitar daerah ini sejak pertengahan awal tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, kumpulan penjenayah itu tumpas selepas polis menahan sembilan suspek terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing.

“Polis turut merampas sejumlah kabel besi bernilai RM90,000, dua buah teksi dan sebuah lori jenis Daihatsu daripada suspek terlibat,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, Geng Edy Longor berjaya diburu dan ditumpaskan selepas polis menerima maklumat berhubung kejadian samun di tapak projek di Southville City, Dengkil pada 4 Julai lalu.

Menurut beliau, tangkapan pertama melibatkan seorang warga tempatan yang menjadikan teksi yang disewanya sebagai kenderaan untuk melakukan jenayah selain mencari pembeli untuk menjual hasil samun di Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi, 5 Julai lalu.

Tambah beliau, polis seterusnya menahan ketua kumpulan itu yang juga merupakan lelaki tempatan berumur 39 tahun bersama tiga lagi anggotanya iaitu seorang warga tempatan dan dua bukan warganegara pada pukul 2.30 pagi di Puchong.

Kata beliau, pada 6 Julai lalu pula polis memberkas seorang warga tempatan dan dua warga asing, manakala pada 7 Julai 2020 polis menahan seorang lagi anggota Geng Edy Longor yang merupakan warga tempatan berumur 47 tahun di Ulu Kelang.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau ditahan direman selama 12 hari bermula 6 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI