fbpx

Empat lelaki ditahan ceroboh kawasan pelantar minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua bot digunakan empat lelaki bagi aktiviti menangkap ikan sekitar pelantar minyak Malikai diditunda ke pangkalan Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Kredit foto PPM

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai empat lelaki disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan sekitar pelantar minyak Malikai ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, semua empat lelaki yang ditahan adalah berusia 25 hingga 48 tahun.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Enturan AK Lageh berkata, tangkapan dilaksanakan dalam Op Gelora Khas dan Op Benteng Covid-19 di kawasan terbabit.

Beliau berkata, empat individu yang menaiki dua bot berasingan itu ditahan di kawasan perairan pelantar minyak berkenaan.

“Dua lelaki dilihat memancing ikan menggunakan sebuah bot tidak bernombor berhampiran pelantar minyak Malikai manakala dua lagi individu berada dalam sebuah lagi bot juga tidak bernombor yang diikat pada tiang platform pelantar minyak.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua individu ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam kenyataan itu, dua bot berkenaan kemudiannya ditunda ke pangkalan Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM37,370 dan kes disiasat mengikut Seksyen 7, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

“Jika didapati bersalah, empat lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI