fbpx

Seludup minuman keras, isytihar topeng pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian arak yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang di sini, Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Bahagian hadapan sebuah kontena yang diisi dengan topeng pelitup muka, beg anyaman dan beg plastik, namun disebaliknya terdapat ribuan tin minuman keras.

Itu taktik licik sindiket penyeludupan minuman keras yang berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya telah menemui 16,200 liter minuman keras dianggarkan bernilai lebih setengah juta dalam kontena bersaiz lebih 12 meter itu.

Beliau berkata, nilai rampasan minuman tersebut adalah RM76,500, manakala jumlah cukainya dianggarkan RM437,580.

“Modus operandi sindiket ialah dengan membuat pengikraran palsu pada Borang Kastam Import bagi mengaburi pihak JKDM.

“Dagangan yang diikrarkan akan diletakkan di bahagian dapan kontena supaya minuman keras yang diseledup itu tidak kelihatan sekiranya kontena dibuka,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI