fbpx

Polis serbu rumah mahu dijadikan makmal ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menunjukkan pokok ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Beseri pada Khamis lalu.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Hasrat tiga lelaki untuk menjadikan sebuah rumah kampung di Beseri dekat sini sebagai makmal memproses ganja tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis pada Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang itu, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis merampas
ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 959.4 gram, 3.3 gram serbuk dan biji kering disyaki ganja serta
sebatang pokok ganja.

Polis turut merampas 200 mililiter cecair dipercayai minyak ganja. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM3,500.

Susulan tangkapan tersebut, polis menahan seorang lagi suspek lelaki di sebuah rumah teres di Taman Utama Kangar kira-kira pukul 7.45 pagi, keesokan harinya.

Serbuan kedua melibatkan rampasan satu ketulan mampat berisi daun kering disyaki ganja seberat 36.7 gram serta serbuk dan biji kering disyaki ganja seberat 5.9 gram yang kesemuanya bernilai RM1,630.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 25 dan 26 tahun dengan seorang daripada mereka merupakan lulusan diploma kejuruteraan sebuah universiti awam.

“Berdasarkan apa yang kami lihat, suspek-suspek berusaha untuk menjadikan tempat itu (rumah di Beseri) sebagai lokasi memproses ganja yang mana biji benih ganja juga ditemui,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Kata beliau, pokok ganja yang dirampas berusia sekitar tiga bulan dan daunnya akan dipetik apabila mencapai usia antara dua hingga tiga tahun.

Tambahnya, polis telah mengenal pasti beberapa suspek lagi daripada rangkaian sindiket yang sama.

“Kita akan mengesan mereka seterusnya membuat tangkapan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI