fbpx

[VIDEO] Lelaki tetak kaki anjing betina didenda RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Abd. Salim Meor Lope, 52, selaku orang kena saman (OKS) keluar dari Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah mencederakan seekor anjing betina tahun lalu

KUALA LUMPUR – Padah menetak kaki seekor anjing betina sehingga cedera parah, seorang lelaki didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Amir Abd. Salim Meor Lope, 52, selepas lelaki itu mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan pilihan, lelaki terbabit yang bekerja sendiri itu didakwa dengan kejamnya menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya kepada seekor anjing di belakang bengkel kereta tidak bernombor di Jalan Miri, Taman Beringin di Jinjang Utara antara 4 hingga 5 Januari 2019.

Berikutan itu, pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 44(1) akta sama (Pindaan 2013).

Jika sabit kesalahan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, peguam Chris A.Chong yang mewakili Amir memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan telah bersetuju dengan tertuduh membayar denda sebanyak RM7,000

“Persetujuan ini dibuat melalui satu borang Akuan Rundingan yang telah dipersetujui semua pihak,” katanya.

Dalam prosiding, pegawai pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Hasiah Musa tidak membantah dan mengesahkan akuan borang tersebut.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Amir membayar jumlah denda tersebut.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI