fbpx
Gambar hiasan

Hampir seluruh negara dilanda ribut petir hingga 4 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, cuaca buruk ini turut melibatkan kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan seluruh Johor.

“Di Sarawak, hujan lebat melibatkan kawasan Kuching, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) manakala di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” lapor MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN