fbpx

Jeritan mangsa gagalkan aksi samun bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek dengan dua daripadanya bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam sebuah rumah Taman Mutiara Bukit Raja semalam.

KLANG – Jeritan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri dan ahli keluarga yang lain daripada disamun dalam kejadian di Taman Mutiara Bukit Raja di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pukul 9.39 malam apabila empat suspek dengan dua daripadanya bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam rumah mangsa.

“Mangsa yang terkejut kemudiannya menjerit meminta pertolongan dengan meluru keluar daripada rumahnya.

“Lima minit kemudiannya kesemua suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan yang dipandu oleh rakan suspek yang menunggu di luar rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, tiada sebarang kecederaan dialami dengan kerugian hanya melibatkan sebuah telefon bimbit.

Jelas Nurulhuda, usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video berdurasi 2minit 2 saat yang memaparkan kejadian samun itu tular di laman sosial Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI