fbpx

Nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM melakukan operasi SAR seorang nelayan yang dikhuatiri hilang berhampiran Pulau Payar pada pagi tadi.

ALOR SETAR – Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan pada jarak kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar dekat sini pagi tadi.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an disedari hilang oleh dua lagi nelayan yang berada di dalam sebuah bot pukat tunda kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mangsa yang belum dikenal pasti identiti dipercayai warga tempatan.

“Mangsa dilaporkan keluar ke laut bersama dua lagi nelayan dengan menaiki sebuah bot pukat tunda sebelum dia disedari hilang pada pukul 8.50 pagi tadi.

“Menurut tekong bot, mangsa menggantikan salah seorang kru yang bercuti dan dia dikatakan baru pertama kali bekerja di bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sejurus mendapat maklumat, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.30 pagi ini.

“Sektor pencarian meliputi kawasan seluas 25 batu nautika dan buat masa ini, selain Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR melibatkan aset laut Jabatan Perikanan dan beberapa bot nelayan tempatan yang turut membantu dalam usaha pencarian,” ujarnya.

Mahmad Faizal berkata, pihaknya meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan kes berkenaan supaya menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI