fbpx

Literasi kewangan dicadang jadi modul PLKN 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika majlis penutupan Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 di UiTM Puncak Alam. FOTO: Saddam Yusoff/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Literasi kewangan dicadangkan menjadi modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul atau kursus khas itu dianggap amat penting bagi generasi muda menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“Generasi baharu di Malaysia dan seluruh dunia kini terkekang dengan permasalahan pembelian secara dalam talian, penawaran kad kredit dan pembelian tanpa menggunakan kewangan.

“Beberapa pendekatan mesti dilakukan supaya kadar kebankrapan ini dapat ditangani secara lebih awal,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Literasi Kewangan Belia Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau, golongan muda yang belum memasuki pasaran pekerjaan dikhuatiri sudah dibebani hutang dan kebankrapan sekiranya tiada pelan perancangan dilakukan.

“Kita bimbang mereka itu terlebih dulu mempunyai daya keberhutangan tinggi kelak.

“Keadaan seumpama ini amat tidak sihat dan perlu dielak sama sekali,” ujarnya.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLEAD), PLKN dan kursus dikendalikan mana-mana institusi pendidikan termasuk Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) dan pengajian tinggi perlu menekankan soal literasi kewangan supaya dimasukkan sebagai salah sebuah modul penting.

“Sehingga kini, terdapat 1,334 institusi TVET dan saya akan turut menekankan soal literasi kewangan ini agar dimasukkan sebagai modul tersebut.

“Kepimpinan dan pelbagai kursus di IPT dan kolej lain juga mampu menyediakan daya tahan terhadap permasalahan dihadapi generasi itu dengan sistem penawaran kewangan baharu,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI