fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH sanggup berpindah demi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao ketika beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Tun Razak, Kuala Kubu Baharu, Selangor hari ini. Foto M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

HULU SELANGOR – “Saya akan tinggal di sini untuk berkhidmat bagi memahami masalah (yang dihadapi oleh penduduk Kuala Kubu Baharu).”

Demikian kata calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao yang membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Kubu Baharu bagi mendekati rakyat sejak sebelum kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bermula.

Menurut anak kelahiran Ampang itu, beliau ingin menjamin kesejahteraan penduduk Kuala Kubu Baharu tidak mengira agama, bangsa dan latar belakang sekiranya diberi peluang berkhidmat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

“Sebagai calon Kerajaan Perpaduan, saya akan menjadi ‘jambatan’ antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan hak-hak serta kebajikan semua penduduk. Saya akan berjuang untuk mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Ramah Mesra bersama Orang Asli di Kampung Tun Razak, di sini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Sock Tao, calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut, calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainuddin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI