fbpx

Lebih separuh rakyat Jepun bimbang keadaan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI rakyat Jepun mengalami tekanan kewangan pada tahun lalu. - Foto AFP

TOKYO – Satu kajian mendapati bahawa seramai 63.2 peratus penduduk Jepun berpendapat mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh dan menjangkakan prospek negatif bagi masa depan, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Kajian dijalankan kerajaan itu mendedahkan, berbanding 2022, bilangan penduduk yang menghadapi tekanan kewangan pada 2023 meningkat 0.7 mata peratusan berikutan kenaikan harga, lapor agensi berita Kyodo yang memetik tinjauan Pejabat Kabinet.

Lebih 57 peratus daripada kira-kira 3,000 individu berumur 18 tahun ke atas menjawab tinjauan pendapat terbaharu itu yang dilakukan pada November hingga Disember tahun lalu.

Sebanyak 28.6 peratus mengadu mengenai kesukaran untuk membesarkan anak, diikuti oleh 28.2 peratus responden yang menyatakan bahawa sukar untuk golongan muda berdikari.

Dalam tinjauan sama, sebanyak 26.2 peratus berpendapat sukar untuk wanita memainkan peranan aktif dalam masyarakat, manakala 25.8 peratus menyatakan rasa tidak puas hati terhadap persekitaran kerja mereka.

Menurut 69.4 peratus responden, inflasi mendorong negara ke arah negatif, manakala peratusan besar rakyat menyatakan kebimbangan terhadap ekonomi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI