fbpx

Modul e-Sepakat bagi pengurusan isu perpaduan, 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Perpaduan Negara memperkenalkan modul e-Sepakat sebagai mekanisme dalaman Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi pengurusan isu perpaduan dan 3R.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, modul e-Sepakat adalah untuk gerak kerja pengesanan, pemantauan dan pelaporan isu perpaduan secara digital bagi menggantikan kaedah manual.

“Penggunaan sistem ini melibatkan peranan pengguna (user) dalam kalangan Pegawai Perpaduan di peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat secara menyeluruh.

“Sistem ini juga merupakan pusat pengumpulan data utama (big data) bagi pengurusan isu perpaduan di bawah kementerian dan ia mempunyai tiga komponen utama yang merekodkan maklumat isu perpaduan,” katanya pada hantaran X hari ini.

Beliau berkata, tiga komponen utama itu ialah I-kes iaitu merekodkan isu-isu perpaduan yang telah berlaku dan I-ramal bagi merekodkan isu atau berita yang dijangka akan berlaku.

Katanya, komponen ketiga ialah I-Mediator iaitu pangkalan data maklumat Mediator Komuniti termasuk urusan pelantikan dan pelaporan kes mediasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI