fbpx

Kedah Agro tamat operasi – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi meluangkan masa membeli baju raya buat salah seorang penghuni Rumah Budi Yan, Ahmad Hafiz Mohd Nazri, 13, di Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengesahkan tentang penamatan operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) ekoran masalah kewangan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu.

Menurut Muhammad Sanusi, ekoran itu sebahagian daripada kakitangan syarikat berkenaan turut ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 31 Mac lepas.

“Sudah dimaklumkan bahawa syarikat itu tidak berdaya maju. Penamatan operasi (KAHB) sepatutnya buat lama dah, bukan baru tetapi sudah terlewat kita buat juga. Ini bukan ditutup tetapi ditamatkan operasi kerana KAHB ada aset, ada hutang dengan orang lain dia tak boleh tutup.

“Kita tamatkan operasi dan berhentikan sebahagian daripada kakitangan. Kena adalah orang (pekerja lain) nak bayar hutang, aset dan liabiliti ada, kena ada orang tunggu,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada program Cahaya Ramadan Yayasan TM (YTM) di Kompleks Pekan Rabu, di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang penularan satu surat penamatan perkhidmatan salah seorang daripada kakitangan KAHB berkuat kuasa 31 Mac lepas di media sosial baru-baru ini.

Muhammad Sanusi turut menjelaskan, kerajaan negeri kekal dengan keputusan untuk tidak menyelamatkan syarikat berkenaan yang dikatakan mempunyai masalah kewangan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI