Anwar pada pada sesi bertemu beliau dan majlis perasmian Hamka Antarabangsa di Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

AUKU kekal mansuh, RUU baharu dibentang tahun ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kerajaan kekal dengan pendirian untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan perlu diberikan kepada mahasiswa dan bukannya menerima kongkongan daripada undang-undang. 

Menurutnya, mahasiswa perlu dianggap sebagai golongan dewasa yang wajar diberi ruang untuk berfikir, bersuara dan melakukan perbezaan pandangan.

“Didiklah, tegurlah. Tak ada undang-undang? Ada undang-undang jenayah pakai lah. Mengapa nak ditambah undang-undang untuk anak-anak mahasiswa?. 

“Batalkan keseluruhan AUKU. Saya masih percaya tahun ini kita akan bentang rang undang-undang baharu dan luluskannya,” katanya ketika berucap pada sesi temu Anwar dan majlis perasmian Himpunan Anak Muda Kebangsaan (Hamka) Antarabangsa di sini, petang ini. 

Tegas Anwar, mahasiswa perlu diberi ruang mengemukakan pandangan tanpa budaya takut terhadap pihak universiti atau kerajaan.

“Mereka juga boleh tidak bersetuju dengan sesuatu perkara namun perbezaan pandangan perlu disampaikan secara sopan dan beradab. Sebab itu ada ikhtilaf dalam Islam, ada pendapat, tapi ada (adab),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN