fbpx
Keadaan lori kontena terbabit di KM 213.0 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di Kg. Jebong, Taiping hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Lori kurier 10 tan bawa ‘barang online’ terbabas dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Sebuah lori kurier seberat 10 tan terbabas ke dalam sungai di Kilometer (KM) 213.0, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Kampung Jebong Lama di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.19 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah lori berada di dalam sungai. Terdapat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dikeluarkan oleh orang awam dan cedera di bahagian muka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengarahkan anggota melakukan pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terlibat.

“Mangsa yang cedera dibawa naik dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). Lelaki itu dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM,” katanya.

Operasi yang melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping itu tamat pada pukul 8.20 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN