PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini mendahului di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.30 malam ini.
BN berada di hadapan di 16 kerusi iaitu Chennah, Senaling, Pertang, Palong, Pilah, Chembong, Sungai Lui, Juasseh, Johol, Rantau, Gemencheh, Seri Menanti, Labu, Kota, Linggi dan satu lagi kerusi, manakala PN mendahului di Serting dan Gemas.
Di DUN Sikamat pula, calon PN yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah yang mewakili Parti Wawasan Negara berdepan saingan sengit.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan selesa mendahului pencabarnya dengan kelebihan 1,390 undi di Rantau, manakala Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mendahului di Pertang dengan majoriti 1,244 undi. – KOSMO! ONLINE














