fbpx
Ranbir Kapoor akhirnya membuka mulut mengenai spekulasi kencang kononnya dia bakal membintangi filem Dhoom 4. 

Ranbir Kapoor sahkan tidak bintangi Dhoom 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pelakon terkenal, Ranbir Kapoor akhirnya membuka mulut mengenai spekulasi kencang kononnya dia bakal membintangi filem Dhoom 4

Ranbir mendakwa, dia terpaksa menolak penglibatannya dalam filem terbabit kerana terlibat dengan penggambaran naskhah lain. 

“Saya tak terlibat dengan Dhoom 4. Ketika ini saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Ramayana dan Love & War,” katanya dalam sebuah wawancara sekali gus melenyapkan spekulasi. 

Menurut Ranbir, Love & War yang menggandingkan dia dengan isterinya sendiri iaitu Alia Bhatt akan ditayangkan awal tahun hadapan. Jadi dia tiada masa untuk terlibat dengan projek lain. 

Sebelum ini nama Ranbir disebut-sebut sebagai bintang yang akan membintangi filem Dhoom 4. Filem Dhoom merupakan sebuah francais filem aksi yang berjaya di Bollywood. 

Tiga filem sebelum ini pernah menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya John Abraham, Hrithik Roshan dan Amir Khan. 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN