fbpx
Sanusi

Sanusi akan dipanggil polis isu kenyataan dalam ceramah PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan dipanggil pihak polis dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya dalam ceramah di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan kes tersebut masih berjalan dengan rakaman percakapan beberapa orang saksi telah diambil.

“Datuk Seri Muhammad Sanusi akan dipanggil untuk merakam percakapan dan kita akan cuba selesaikan kes ini segera yang mungkin.

“Kertas siasatan berhubung kes ini dibuka di bawah Seksyen 505 (b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Muktimedia 1998,” katanya metika ditemui pemberita selepas meninjau pusat mengundi awal polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini hari ini.

Menurut Alzafny, seorang lagi ahli politik iaitu pemimpin UMNO Rembau juga akan dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kenyataanya yang mengaitkan Institusi Diraja Sembilan dengan parti politik.

“Polis telah menerima 11 laporan polis berhubung keyataan pemimpin UMNNO Rembau itu sehingga tengah malam tadi.

“Kertas siasatan baru sahaja dibuka semalam, keterangan saksi yang membuat laporan polis serta saksi tambahan telah pun diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN