fbpx
Yusri (dua dari kiri) menghadapi lima pertuduhan menerima wang RM12,200 daripada kontraktor di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Pegawai MPK didakwa terima wang kontraktor RM12,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang penolong jurutera kanan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima wang berjumlah keseluruhan RM12,200 daripada dua kontraktor yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya pada 11 tahun lalu.

Tertuduh, Yusri Yunus, 51, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Yusri didakwa menerima wang tunai RM5,000 tanpa balasan daripada pengarah sebuah syarikat pada 3 Mac 2015.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima pula, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah keseluruhan RM7,200 daripada pemilik sebuah syarikat menerusi empat transaksi dari 27 Januari 2015 hingga 12 Mei 2016.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan Yusri di daerah Kemaman dan ia berkaitan dengan tugas rasminya sebagai penjawat awam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimim dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali dan Pegawai Pendakwa, Nur Raihan Mohd. Yusof manakala tertuduh pula diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN