fbpx
Amirudin pada majlis penyerahan bendera kontinjen Selangor ke Sukma dan Para Sukma di Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Ganjaran RM15,000 atlet Selangor menang emas, juara Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Atlet Selangor yang meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di negeri ini bakal menerima insentif RM15,000 jika berjaya menjadi juara keseluruhan.

Tambahan ganjaran itu ditawarkan bagi pemenang acara individu hingga kumpulan bertiga dengan insentif asal RM10,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insentif disediakan kerajaan negeri sebagai tuan rumah itu bagi merealisasikan sasaran menjadi juara Sukma buat kali ke-10.

Jelas beliau, kontinjen negeri yang disertai 1,029 orang termasuk 854 atlet itu menyasarkan 80 emas pada temasya dwitahunan berkenaan.

“Pemenang emas individu hingga kumpulan bertiga, insentif RM10,000 menanti mereka atau RM15,000 sekiranya Selangor menjadi juara keseluruhan Sukma.

“Bagi atlet berempat hingga 10 orang pula akan menerima RM7,000 atau RM10,000 (juara keseluruhan) manakala acara berkumpulan dengan 10 atlet ke atas akan menerima RM5,000 atau RM7,000,” katanya selepas menyempurnakan penyerahan bendera kontinjen Selangor ke Sukma dan Para Sukma di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, petang ini.

Tambah Amirudin, insentif sama turut ditawarkan kepada atlet Para Sukma negeri ini. Sukma edisi ke-22 melibatkan venue di kesemua sembilan daerah itu bakal mempertandingkan 37 jenis sukan dengan turut disertai negara jiran, Brunei. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN