fbpx
BALEBA kembali berada dalam radar United selepas nilai perpindahannya kembali turun ke tahap yang munasabah. - AFP

EPL: United dilema buat pilihan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United kini sedang berada dalam dilema untuk menoktahkan pilihan terbaik bagi membawa masuk seorang lagi pemain tengah baharu.

The Red Devils kekal berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Brighton, Carlos Baleba namun pengurus tertinggi kelab juga turut pertimbangkan prospek menandatangani Manu Kone dari AS Roma.

Baleba juga dikatakan mahu mencari ‘angin baharu’ dengan menyertai Manchester United kerana The Red Devils bakal menawarkan pentas tertinggi bola sepak Eropah iaitu di saingan Liga Juara-Juara.

United yang dilatih Michael Carrick mahu perkukuhkan bahagian tengah pasukan dimana mereka sudah pun berjaya mendapatkan khidmat Andrey Santos dan Youri Tielemans.

Media di Itali menyebut Kone menjadi salah satu pemain yang diburu oleh The Red Devils, namun kelab Inggeris itu belum lagi mengemukakan tawaran rasmi kepada AS Roma.

Bagaimanapun, laporan sama turut mendakwa United sudah pun mencapai persetujuan asas dengan pemain berkenaan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama United berminat untuk mendapatkan Baleba, namun usaha dilakukan pada tahun lalu tidak berhasil apabila Brighton meminta bayaran £100 juta (RM544.9 juta).

Ketika ini, Baleba dianggarkan bernilai £70 juta (RM381.4 juta) menyebabkan United kembali mempertimbangkan peluang untuk membawa pemain itu ke Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN