PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak mencuri perhatian ramai apabila menjawab soalan Matematik dalam hanya beberapa saat menggunakan teknik pengiraan unik tanpa bantuan kalkulator.
Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @hanasabri82 berkongsi rakaman yang memaparkan kanak-kanak itu menggunakan teknik Mental Arithmetic untuk mendapatkan jawapan dengan begitu pantas.
“Dik… akak baru nak toleh ke skrin putih tu, kau dah siap kira,” tulis pemilik hantaran itu.
Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang kagum dengan kepantasan teknik pengiraan kanak-kanak tersebut.
“Bayangkan kalau masa peperiksaan Matematik semua pelajar buat macam ini. Mahu runtuh bilik darjah itu,” komen Redzwan.
“Lah macam ni rupanya. Patutlah ada seorang anak murid aku kira-kira tangan joget macam ini. Memang dia tak ada kalkulator dan tak nak guna kalkulator, tapi selalu betul jawapan dia,” tulis Fatin Nasyuha.
“Sebagai akauntan saya rasa tercabar tengok video ini,” komen Wallawaniey. -KOSMO! ONLINE
View on Threads














