fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Nrslyaaa di laman Threads.

[VIDEO] Murid bawa durian ke tadika, hadiah perpisahan kepada guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang murid tadika membawa sebiji durian sebagai hadiah perpisahan kepada guru kesayangannya mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan ibunya di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads oleh pengguna @Nrslyaaa, wanita itu berkongsi rakaman video yang diterima daripada guru anaknya memaparkan kanak-kanak tersebut memeluk guru sebelum membuka beg sekolah untuk menunjukkan hadiah yang dibawanya.

Menurut wanita itu, anaknya sebelum ini jarang ke sekolah kerana kurang sihat dan pernah menganggap guru tersebut seorang yang garang.

“Sejak cikgu pujuk, dia dah rajin ke sekolah. Tapi cikgu yang dia sayang pula terpaksa bertukar sekolah.

“Saya langsung tak sangka dia buat macam ini kepada cikgunya. Durian itu dia sendiri letakkan dalam beg sekolah,” katanya.

Tambahnya, dia sebenarnya meminta anaknya meninggalkan durian itu di rumah kerana kanak-kanak tersebut tidak makan durian dan tidak tahan dengan baunya.

“Walaupun dia tak suka durian dan baunya, dia tetap nak bawa untuk beri kepada cikgu. Mungkin dia nak cikgu itu sentiasa ingat dekat dia,” katanya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang memuji keikhlasan murid tersebut.

Seorang pengguna, @Hannah_hamdar berkata, murid itu memilih untuk menghadiahkan sesuatu yang dianggap paling bernilai kepada guru yang disayanginya.

“Dia tahu durian itu sedap, jadi dia beri benda yang paling baik kepada cikgunya. Dia memang sayangkan gurunya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN