fbpx
Alzafny

Lelaki cabut bendera parti politik ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bendera parti politik yang dipercayai telah dicabut di Taman Dusun Setia di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, suspek warga tempatan itu ditahan susulan laporan polis yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pukul 2.45 pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati perbuatan seorang lelaki mencabut bendera parti politik yang dipasang di tepi jalan telah dirakam dan tersebar di media sosial,” katanya.

Alzafny berkata, siasatan lanjut masih diteruskan termasuk merakam percakapan saksi serta mendapatkan analisis terhadap rakaman video berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN