fbpx
AKTIVITI pemasaran bertujuan untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat agar lebih ramai yang mahu membeli. - GAMBAR HIASAN

Bolehkah menipu untuk tujuan pemasaran?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOLEHKAH menipu untuk tujuan pemasaran (marketing) dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?

JAWAPAN: Antara tujuan pemasaran adalah untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. 

Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini, beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan adalah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya dikunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Secara umumnya, Islam sangat mementingkan nilai kejujuran dalam semua urusan seharian. 

Namun begitu, terdapat begitu banyak nas-nas yang menyebut secara khusus, sekali gus memperlihatkan betapa pentingnya kejujuran dalam urusan perniagaan dan jual beli. 

Sebagai balasan terhadap kejujuran yang diamalkan dalam perniagaan, peniaga bukan sahaja mendapat keuntungan di dunia dengan keuntungan berlipat kali ganda dan mendapat kepercayaan daripada pelanggan, namun turut diberi keistimewaan secara khusus di akhirat seperti mana hadis yang diriwayatkan daripada Rifa’ah RA, katanya:“Suatu ketika dia keluar bersama Nabi SAW ke tempat sembahyang lalu Baginda ternampak orang ramai sedang berjual beli. Baginda bersabda: Wahai para peniaga! Mereka menyahut panggilan Nabi SAW itu sambil menjenguk ke arah Baginda. Nabi SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak, para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur.” (Riwayat al-Tirmizi, 1210)

Berbuat baik yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud berbuat baik ketika berurusan. Selain itu, Islam mengangkat nilai kejujuran secara khusus kepada para peniaga dengan mengangkat martabat mereka. Hal ini jelas apabila disebut di dalam hadis yang diriwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid.” (Riwayat al-Tirmizi, 1208)

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. 

Kesimpulannya, marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan. Kedua, kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga. 

Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN