fbpx
Gambar hiasan

Pangkalan data pelarian dibangunkan hujung tahun ini – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Malaysia dijangka mempunyai pangkalan data pelarian menyeluruh, terperinci dan kredibel menjelang hujung tahun ini menerusi pelaksanaan Projek Dokumen Pendaftaran Pelarian yang sedang diterajui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif yang dilaksanakan melalui Jabatan Imigresen Malaysia itu akan membolehkan kerajaan memperoleh maklumat lebih menyeluruh mengenai golongan pelarian yang berada di negara ini.

Katanya, meskipun Malaysia bukan negara penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, kerajaan tetap mengambil pendekatan tersusun dalam menguruskan isu berkenaan.

“KDN hari ini melalui agensi Jabatan Imigresen menerajui satu projek yang kita namakan Dokumen Pendaftaran Pelarian. Kita sedang mulakan dan hasilnya akan kita dapat sebelum tamat tahun ini,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Imigresen 2026 di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN