fbpx
PENYOKONG Houthi mengadakan protes membantah Arab Saudi di Sanaa pada 17 Julai lalu. – AFP

Militia Houthi umum sekatan laut ke atas Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANAA – Puak Houthi di Yemen mengisytiharkan kepungan maritim ke atas Arab Saudi semalam, memburukkan lagi perang Amerika Syarikat(AS)-Iran ketika Houthi  mengancam kemampuan Arab Saudi selaku pengeksport minyak utama dunia, memintas laluan di Selat Hormuz.

Militia disokong Iran itu tidak memperincikan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan kepungan tersebut. Pengisytiharannya bagaimanapun muncul ketika Iran kembali pada ‘perang berskala penuh’ menentang AS  dan ketika Washington serta Tehran  berperang untuk mengawal Selat Hormuz.

Kementerian luar Arab Saudi mengecam sekatan maritim Houthi dan mengulangi sokongan Riyadh kepada kerajaan Yemen yang berpangkalan di Aden.

Arab Saudi dan militia Houthi turut berbalas serangan buat kali pertama dalam tempoh beberapa tahun pada minggu lalu, mengancam gencatan senjata 2022 yang bertahan walaupun telah tamat tempoh.

Pertempuran itu tercetus apabila sebuah pesawat Iran cuba mendarat di Sanaa, mencabar penguasaan Arab Saudi ke atas ruang udara Yemen.

Sekiranya berjaya dilaksanakan, sekatan laut Houthi boleh mengakibatkan  ekonomi Arab Saudi bertambah meruncing kerana akses kepada pelabuhan Laut Merah terputus. Akses tersebut  penting untuk eksport minyak Riyadh memandangkan perang meletus semula yang mengehadkan laluan melalui Selat Hormuz.

Sekatan itu  juga dijangka merugikan pasaran global yang bergantung kepada Arab Saudi untuk import tenaga. Negara itu mengeluarkan lebih 10 juta tong minyak mentah sehari. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN