fbpx
SPRM kini sedang siasat isu pemindahan tiga gajah ke Jepun.

Beri ruang SPRM siasat isu pemindahan tiga gajah ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai diminta memberi ruang dan kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi penguat kuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan secara profesional berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke Jepun.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, siasatan berhubung dakwaan unsur rasuah bernilai RM53 juta setakat ini dilaporkan tidak mempunyai asas, termasuk tiada aliran wang atau pembayaran dikenal pasti kepada mana-mana pihak yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

Menurut beliau, setiap siasatan perlu berpaksikan bukti, dokumen, transaksi dan fakta yang boleh disahkan, bukannya berdasarkan persepsi, andaian atau naratif yang dibawa oleh mana-mana pihak berkepentingan.

“Orang ramai dan semua pihak berkepentingan perlu memberikan ruang serta kepercayaan kepada SPRM dan agensi penguat kuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan secara profesional sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, kritikan terhadap institusi penguat kuasa tetap penting sebagai mekanisme semak dan imbang, namun ia perlu dilakukan secara bertanggungjawab tanpa membuat kesimpulan sebelum proses siasatan disempurnakan.

Beliau turut menggesa mana-mana pihak, termasuk PKAM, yang mempunyai bukti baharu, dokumen atau fakta kukuh berkaitan unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan supaya mengemukakannya secara rasmi kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“MCW akan terus menyokong siasatan yang bebas, telus dan berasaskan bukti demi memastikan kebenaran serta kepentingan awam sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN