fbpx
Zulkifli pada sidang akhbar selepas Persidangan Pendakwa Syarie Ke-2 Tahun 2026 di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Dakwaan sijil nikah Rohingya tertera kod Jakim akan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan akan menyiasat dakwaan berhubung sijil nikah Rohingya yang memaparkan kod dipercayai merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, pihaknya belum memperoleh maklumat berhubung perkara itu dan akan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut.

“Nanti kita siasat, saya tak dapat lagi maklumat berkenaan perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia (PePSSM) Kali Ke-2 Tahun 2026 di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang dilaporkan tidak mengiktiraf sijil perkahwinan Rohingya selain dakwaan dokumen berkenaan memaparkan kod dipercayai merujuk kepada Jakim.

Terdahulu, tular di media sosial sekeping sijil perkahwinan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia dengan memaparkan kod “JAKIM.PERH/LN.800-7(5)”, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kaitan kod berkenaan dengan Jakim.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, JAIPk menegaskan bahawa ‘Kad Perakuan Nikah’ yang dikeluarkan atas nama Persatuan Ulama Masyarakat Rohingya Malaysia bukan dokumen yang diiktiraf jabatan itu.

Jelas JAIPk, pernikahan komuniti etnik Rohingya tidak boleh didaftarkan kerana melibatkan isu dasar yang sedang diperhalusi oleh pihak berkuasa agama negeri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN