fbpx
AMINUDDIN bergambar bersama calon PH selepas proses penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson. Foto NOR SHAFAWATI YUP

PRN Negeri Sembilan: Bertanding di kubu kuat BN, bukan mudah – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang menjadi antara ‘kerusi panas’ di Negeri Sembilan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH) yang membuat penampilan sulung di Linggi selepas empat penggal mewakili DUN Sikamat dicabar calon penyandang Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Faizal Ramli dan calon Bersatu, Datuk Zamri Md Said.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus PRN Negeri Sembilan Daerah Port Dickson, Nurhazelin Makli di Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada pukul 11 pagi.

Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, bertanding di DUN Linggi yang merupakan kubu kuat BN bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi beliau akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PH.

“Pengundi pastinya saya harap dapat membuat keputusan yang bijak pada pengundian kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN