fbpx
Mohamad bersalaman dengan para penyokong selepas selesai penamaan calon di Dewan Seri Rembau, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

PRN Negeri Sembilan: BN, PN jalin kerjasama bukan bergabung – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Barisan Nasional (BN) berharap persefahaman dan kerjasama antara parti itu dan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memaksimumkan sokongan pengundi.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persefahaman tersebut bukan bermaksud parti-parti berkenaan bergabung, sebaliknya saling membantu bagi memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Seperti di Johor, kita juga jalankan persefahaman. Jadi, saya harap di Negeri Sembilan dapat saling membantu supaya usaha dapatkan sokongan pengundi dapat dimaksimumkan,” katanya selepas selesai proses penamaan calon bagi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Rembau, iaitu Rantau, Paroi, Chembong dan Kota, di Dewan Seri Rembau, di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua calon dan jentera supaya tidak menjadikan isu adat sebagai bahan kempen politik kerana ia mempunyai kedudukan tersendiri dan perlu dihormati tanpa dicampuradukkan dengan kepentingan politik.

Mohamad yang mempertahankan kerusi DUN Rantau berkata, beliau akan memberi tumpuan untuk memastikan gerak kerja jentera di kawasan tersebut disusun dengan baik, selain membantu calon-calon lain. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN