fbpx
KAMARUZAMAN menujukkan gambar arwah anaknya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi hari ini. Foto oleh MASTURAH SURADI/KOSMO!

[VIDEO] Banyak kali saya lalu jalan itu, tak nampak jasad anak – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang bapa tidak menyangka kawasan yang kerap dilaluinya berulang kali hampir seminggu mencari anaknya yang hilang rupa-rupanya menjadi lokasi penemuan jasad remaja berkenaan yang hilang sejak Ahad lalu.

Muhammad Nasrulhaq, 15, ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang – Kota Tinggi awal pagi tadi.

​Bapanya, Kamaruzaman Bahari, 50, berkata, dia merasa ralat apabila mengenangkan dia dan rakan telah meredah pelbagai ceruk, malah melalui laluan yang sama berkali-kali.

​Katanya, selepas mendapat tahu anaknya hilang, dia yang bekerja kilang di Desa Cemerlang sanggup mengambil cuti kerja serta mengetepikan rehat demi menjejaki anaknya.

​“Memang tak cukup rehat, kepala otak pula ligat memikirkan keadaan anak. Sejak dimaklumkan oleh mak mentua yang anak tidak balik ke rumah, saya terus bergegas pulang dan mulakan pencarian.

​“Dari hari Ahad sehinggalah malam sebelum ditemui, saya keluar pagi dan hanya pulang ke rumah pukul 4 subuh sebelum menyambung semula pencarian keesokan harinya.

“Boleh dikatakan kawasan laluan Kota Tinggi, Petri Jaya ini sudah menjadi seperti rumah kedua saya hari-hari saya lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

​Usaha keras mencari Muhammad Nasrulhaq turut dibantu secara sukarela terdiri dari penduduk setempat serta pelbagai kumpulan luar selepas berita kehilangannya tular di Facebook.

​Bagaimanapun, usaha tersebut berakhir dengan khabar duka apabila jasad anaknya akhirnya ditemui di kawasan yang sering dilaluinya itu.

Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, kali terakhir dilihat meninggalkan rumah kira-kira pukul 11 malam, Sabtu lalu dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah hitam dengan nombor pendaftaran JVR 4139.

Kali terakhir dia dapat dihubungi adalah menerusi panggilan video pada pukul 4.26 pagi, Ahad lalu.

Rakan perempuannya sempat merakam detik tersebut di mana telefon bimbit Nasrulhaq kelihatan seperti terjatuh.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN