fbpx
AHMAD Samsuri (tengah) bersama barisan kepimpinan dan calon PN yang diumumkan pada pada Majlis Pengisytiharan PN Bagi PRN Negeri Sembilan di Kompleks Pas Negeri Sembilan, Ampangan malam tadi. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL KOSMO!

PRN Negeri Sembilan: PN lengkapkan 11 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) melengkapkan calon bagi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Perkembangan itu menyusul selepas Barisan Nasional malam semalam mengumumkan calon bagi 25 daripada 36 kerusi DUN, sekali gus meninggalkan baki 11 kerusi yang tidak ditandingi gabungan itu.

Pengumuman calon PN itu disampaikan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Perikatan Nasional Bagi PRN Negeri Sembilan di Kompleks Pas Negeri Sembilan di Kampung Ismail, Ampangan, di sini malam ini.

Ahmad Samsuri dalam ucapan berkata, semua calon yang diumumkan bukan sekadar mewakili Pas, sebaliknya adalah calon PN yang membawa aspirasi gabungan itu.

“Kita tidak panggil calon Pas, calon Wawasan, calon Gerakan. Mereka ialah calon PN, calon kita bersama. Insya-Allah, 1 Ogos nanti adalah kemenangan dan kebersamaan kita membentuk kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.

Berikut adalah senarai calon Perikatan Nasional sempena PRN Negeri Sembilan ke-16:

PAS
N.05 Serting: Mohd Fairuz Mohd Isa
N.14 Ampangan: Dr. Rafie Abd Malek
N.11 Lobak: Dr. Kumar Al Paramasivam
N.25 Paroi: Kamarul Ridzuan Mohd Zin
N.31 Bagan Pinang: Abd Fatah Zakaria

PWN
N.04 Klawang: Danni Rais
N.13 Sikamat: Datuk Razali Abu Samah
N.23 Mambau: Eric Michael
N.34 Gemas: Ridzuan Ahmad

Gerakan
N.21 Bukit Kepayang: Lee Boon Shian

MIPP
N.30 Lukut: Sathes Kumar Nilameham

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN