fbpx
TUCHEL

Piala Dunia 2026: Strategi panik Tuchel undang kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali England, Thomas Tuchel berdepan kritikan hebat susulan kekalahan 1-2 kepada Argentina pada separuh akhir Piala Dunia 2026 sekali gus gagal membantu Three Lions menamatkan penantian trofi selama 60 tahun.

Legenda England, Wayne Rooney menyifatkan keputusan Tuchel melakukan pertukaran pemain untuk bermain secara defensif selepas mendahului 1-0 telah menghakis keyakinan barisan pemain di atas padang.

“Jika anda seorang pemain menyerang dan melihat jurulatih mula membuat pertukaran seperti itu sebaik sahaja mendahului, keyakinan anda pasti akan hilang.

“Saya rasa pendekatan taktikal yang dilakukan lebih kepada panik kerana sepatutnya mereka terus berikan tekanan untuk mencari gol kedua. Namun, mereka buka ruang buat Argentina untuk menang,” katanya.

Bekas penjaga gol England, Joe Hart turut menganggap Tuchel melakukan kesilapan sama yang dilakukan bekas pengendali, Gareth Southgate ketika tewas pada final Euro 2024 kepada Sepanyol sebelum ini.

“Saya rasa jika Southgate melihat perlawanan ini di rumah dan berfikir kesilapan yang sama telah berulang kembali.

“Tuchel seolah-olah menunjukkan dia sendiri tidak yakin pasukannya mampu terus menyerang Argentina. Pertukaran yang dibuat terlalu awal memberi isyarat bahawa dia tidak percaya keupayaan pasukan untuk menambah jaringan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN