SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan pengumuman 25 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) malam ini dibuat kerana hanya jumlah itu yang akan mewakili gabungan tersebut.
Bagaimanapun Mohamad berkata, pengumuman lanjut berhubung persefahaman tersebut akan dibuat oleh ‘pihak sebelah sana’.
“Tunggulah pengumuman daripada pihak sebelah sana,” katanya yang merujuk sebagai ‘rakan’ yang boleh dipercayai.
Mohamad turut menggesa jentera BN di DUN Linggi supaya memperkukuhkan gerak kerja bagi menghadapi saingan pada PRN kali ini lebih-lebih lagi selepas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berpindah daripada DUN Sikamat ke Linggi.
Katanya, pertembungan itu dijangka sengit dan keputusan calon yang bertanding adalah berdasarkan ketetapan pucuk pimpinan BN.-KOSMO! ONLINE















