fbpx
Datuk Mohd Faizal Ramli. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

Mohd Faizal yakin BN pertahan Linggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Mohd.  Faizal Ramli optimis Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini meskipun bakal berdepan saingan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH).

Mohd. Faizal berkata, beliau akan memulakan gerak kerja kempen secara menyeluruh bagi memastikan sokongan pengundi terus kekal memihak kepada BN sebaik proses penamaan calon selesai.

“Semalam PH mengumumkan senarai calon mereka dan Menteri Besar akan bertanding di Linggi. Sebagai penyandang, sudah tentu saya akan mempertahankan kerusi tersebut daripada dirampas PH.

“Walaupun Linggi sering digambarkan sebagai kubu kuat BN, ia bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah. Saya tetap akan turun padang, berkempen dan memenangi hati pengundi di seluruh kawasan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Beliau berkata, kejayaan mempertahankan kerusi itu bergantung kepada usaha berterusan semua jentera parti di setiap kampung dan taman.

“Saya yakin sekiranya semua jentera bekerja keras di setiap kampung dan taman, insya-Allah BN mampu mempertahankan Linggi daripada dirampas PH,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN