fbpx
AHMAD ZAHID pada Majlis Pelancaran Jentera BN Pengumuman Calon, hari ini.-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Beri mandat kepada BN tentu semula arah tuju NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya memberikan mandat besar kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menentukan semula arah tuju negeri ini.

Beliau berkata, PRN Negeri Sembilan menjadi medan penting untuk mengembalikan mandat kepada rakyat selepas kepimpinan sedia ada didakwa gagal mengurus negeri dengan baik.

“PRN Negeri Sembilan adalah mandat besar untuk menentukan semula arah tuju negeri yang kita kasihi. BN memilih untuk mengembalikan mandat kepada rakyat apabila kepimpinan mereka gagal mengurus negeri ini dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN Negeri Sembilan di sini malam ini.

Menurut Ahmad Zahid, seluruh keluarga besar BN perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi memastikan Negeri Sembilan kembali dipimpin gabungan tersebut.

Mengulas mengenai calon Menteri Besar, beliau meminta semua pihak supaya menerima keputusan parti dan memberi tumpuan kepada kemenangan BN.

“Siapa juga yang menjadi Menteri Besar, serahkan kepada ketentuan Allah. Rezeki tidak pernah salah alamat. Yang penting kita pilih BN dan bekerja keras untuk memenangkan parti,” katanya.

Beliau yakin kemenangan BN di Negeri Sembilan akan menjadi pemangkin kepada gelombang biru yang lebih besar.

“Jika BN menang, ia akan menjadi ‘game changer’ dan mengukuhkan semangat gelombang biru untuk membentuk kerajaan baharu di Negeri Sembilan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN