fbpx
Tangkap layar video menunjukkan van itu melintasi jambatan gantung yang dibina khas untuk motosikal dan pejalan kaki. - TikTok 

Van ‘degil’ lintas jambatan gantung sempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pemandu kereta di Cianjur, wilayah Jawa Barat menerima kecaman orang ramai apabila dirakam menyeberangi sungai dengan melalui jambatan gantung yang sempit, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Mekarwangi kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan kereta membawa sekitar lapan orang itu melintasi jambatan. 

Meskipun jambatan itu diperbuat daripada besi, ia hanya boleh digunakan oleh motosikal dan pejalan kaki. 

Pemandu terbabit cuba memastikan kenderaan yang dipandunya berada di atas laluan agar tidak tergelincir atau terjunam ke dalam sungai. 

Gabenor Wilayah Jawa Barat, Dedi Mulyadi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan agar perbuatan sedemikian tidak berulang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN