fbpx
Pelaksa­naan pembaharuan insurans dan takaful melalui MyJPJ dikhuatiri mewujudkan persepsi layanan eksklusif kepada syarikat tertentu sehingga menjejaskan persai­ngan dalam industri. (Gambar kecil) Khairi Anuar Ahmad.

‘Roadtax’ tanggungjawab JPJ, insurans biar ejen urus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (Perwatam) mahu urusan jualan dan pembaharuan insurans dan takaful kekal dikendalikan oleh ejen yang bertauliah.

Presidennya, Datuk Khairi A­nuar Ahmad berkata, pihaknya turut menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Inisiatif Cermat Madani sehingga semua isu berkaitan tadbir urus dijelaskan.

Katanya, Perwatam tidak menolak usaha kerajaan untuk memperluaskan pendigitalan perkhidmatan melalui aplikasi MyJPJ, namun berpendapat urusan perlindungan insurans tidak wajar dijalankan menerusi platform kerajaan.

Menurut beliau, Perwatam yang mempunyai hampir 1,000 ahli turut mewakili lebih 15,000 wakil takaful am dan ejen insurans di seluruh negara, selain bakal bergabung dengan beberapa persatuan ejen insurans lain bagi mengemukakan pandangan kepada kerajaan.

“Kami bukan menentang keputusan kerajaan, tetapi mahu memastikan pelaksanaan dasar dibuat secara telus, adil dan inklusif tanpa menjejaskan e­kosistem industri serta ke­bajikan ejen.

“Matlamat utama adalah supaya urusan jualan insurans dan takaful tidak dijalankan melalui aplikasi MyJPJ. Biarlah kerajaan menjalankan fungsi kawal selia, manakala urusan perlindungan terus diuruskan oleh ejen bertauliah,” katanya pada sidang akhbar.

Antara kebimbangan utama persatuan itu adalah pelaksa­naan pembaharuan insurans dan takaful melalui MyJPJ yang dikhuatiri mewujudkan persepsi layanan eksklusif kepada syarikat tertentu sehingga menjejaskan persai­ngan dalam industri.

Katanya, produk insurans bukan sekadar transaksi digital kera­na pengguna masih memerlukan khidmat nasihat profesio­nal, bantuan selepas jualan, pe­ngurusan tuntutan, pindaan polisi dan sokongan ketika kemalangan atau kecemasan.

“Ia tidak boleh dibeli secara membuta tuli tanpa panduan. Urusan cukai jalan tanggungjawab JPJ, tapi insurans biarlah dikendalikan ejen,” katanya.

Beliau mengakui pelaksanaan Cermat Madani dijangka memberi kesan terhadap pendapatan ejen khususnya apabila promosi menerusi platform kerajaan dan tawaran rebat tambahan 10 pe­ratus mampu mengubah corak pembelian pengguna.

“Apabila pengguna ditawarkan promosi dan rebat, ia memberi kesan langsung kepada komisen yang menjadi sumber pendapatan utama ejen,” ujarnya.

Perwatam turut memohon untuk mengadakan pertemuan rasmi de­ngan Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu tersebut dan mendapatkan penjelasan mengenai hala tuju Ini­siatif Cermat Madani.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perwatam, Khidir Zulkifli berkata, kenyataan penafian pada aplikasi MyJPJ boleh mengelirukan pengguna sekiranya timbul pertikaian atau masalah berkaitan transaksi.

Katanya, sebagai platform rasmi kerajaan, pengguna sepatutnya mempunyai saluran penyelesaian yang jelas kerana mereka lazimnya akan merujuk kepada JPJ sekiranya berdepan masalah selepas membuat urusan melalui aplikasi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN