fbpx
Tangkap layar keadaan kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam.

Pemandu pacuan empat roda maut tersepit nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk treler di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam di sini, hari ini.

Mangsa berusia 31 tahun maut di lokasi kejadian selepas tersepit pada kenderaannya sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.27 pagi sebelum sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

Katanya, bomba yang tiba pukul10.42 pagi, mendapati kemalangan melibatkan masing-masing sebuah treler, lori satu tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Pemandu pacuan empat roda didapati tersepit sebelum anggota bomba menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam hari ini.

Menurut beliau, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular hantaran video di aplikasi Threads memaparkan keadaan tiga buah kenderaan tersebut dengan mengaitkan dengan isu pemandu mabuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN