fbpx
Boon Xu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seri Manjung atas tiga pertuduhan memiliki beberapa laras senjata api dan 6,158 butir peluru di Kampung Cina Sitiawan pada 1 Julai lalu.

Penganggur didakwa miliki senjata api, 6,158 butir peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seri Manjung di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki beberapa laras senjata api dan 6,158 butir peluru di Kampung Cina Sitiawan pada 1 Julai lalu.

Tertuduh, Ling Boon Xu, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis riffle (ACI) dengan kaliber 9 milimeter (mm) di sebuah pondok kayu di belakang sebuah rumah di Kampung Cina, Sitiawan, Manjung, antara pukul 10 hingga 10.30 malam pada 1 Julai 2026.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki lima laras senapang angin tanpa lesen atau permit senjata yang sah di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Lima laras senapang angin itu ialah masing-masing satu laras jenis Neo Rambo, The Exclusive Model Crosman berkaliber 5.5 mm, X-1, Airforce Automatik berkaliber 4.5mm/.177 dan Avenger berkaliber .25 (6.35mm) pellet.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu turut didakwa bagi pertuduhan ketiga iaitu memiliki keseluruhan 6,158 butir peluru tanpa lesen atau permit senjata yang sah di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 (Akta 206) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan perbuatan tertuduh adalah di bawah kesalahan tidak boleh dijamin.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan jurubahasa.

Media pada 6 Julai lalu melaporkan, penahanan seorang lelaki bersama 130.94 gram dadah membawa kepada penemuan sepucuk pistol dan tujuh laras senapang tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Cina, Sitiawan.

Dalam serbuan sama, polis turut merampas dua laras busur silang tiruan, 208 butir peluru hidup dan lapan kelongsong peluru.

Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa menyimpan senjata api dan senjata tiruan berkenaan kerana meminati koleksi senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN