fbpx
ANGGOTA bomba menemukan mayat seorang pemuda yang lemas ketika mandi di Kawasan Kolam Air Putih di Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Pemuda lemas mandi di air terjun Gunung Ledang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang pemuda lemas ketika mandi air terjun di kawasan kolam air putih, Taman Negara Gunung Ledang di sini hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hairul Anuar Ali, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.19 pagi ini.

“Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati mangsa, A. Sutheshwaran, 20, lemas ketika mandi air terjun.

“Pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan kejadian serta berjaya menemui mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua jentera di ketuai Komander Operasi dari Pegawai Bomba Kanan I, Muhamad Fazlan Maraman.

Operasi tamat pada pukul 12.24 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN