fbpx
Anwar Ibrahim

PM ucap tahniah BN, arah semua calon PH terus berkhidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sambil menegaskan bahawa semua calon Pakatan Harapan (PH) perlu meneruskan khidmat kepada rakyat tanpa mengira keputusan pilihan raya.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata, kemenangan itu perlu dipikul dengan penuh amanah demi kepentingan negeri dan rakyat Johor.

“Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Johor. Semoga amanah ini dipikul dengan sebaik-baiknya demi kepentingan negeri dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pilihan raya telah pun berakhir dan kini tiba masanya semua pihak melangkah ke hadapan dengan memberi keutamaan kepada khidmat serta amanah kepada rakyat.

“Pilihan raya dan pesta demokrasi telah pun melabuhkan tirainya. Kini adalah masa untuk kita melangkah ke depan, mengutamakan khidmat dan amanah kepada rakyat serta bersama-sama membina sebuah Johor yang lebih makmur dan maju,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab mereka, selain mengucapkan terima kasih kepada semua jentera parti yang bertungkus-lumus sepanjang kempen.

Beliau turut mengarahkan semua calon PH supaya terus memainkan peranan sebagai wakil rakyat kepada masyarakat walaupun tidak berjaya memenangi kerusi yang ditandingi.

“Tekad kami jelas, semua calon PH, tidak kira yang menang mahupun tewas, diminta untuk meneruskan khidmat membawa suara rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Anwar memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus komited memperkukuh agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor.

Terdahulu, BN mencatat kemenangan besar pada PRN Johor ke-16 apabila memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, sekali gus memperkukuh penguasaan di negeri itu serta merampas lapan kerusi yang sebelum ini disandang PH dan PN.

Sementara itu, PH hanya memenangi lapan kerusi DUN, termasuk Simpang Jeram yang dimenangi dengan majoriti tipis 180 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN